Home Dunia Pendaki pengalaman maut selepas tergelincir

Pendaki pengalaman maut selepas tergelincir

Mayat Uei Steck dibawa ke hospital dengan menaiki helikopter. foto AFP

KATHMANDU – Pendaki berpengalaman dari Swiss, Ueli Steck terbunuh ketika membuat persiapan untuk mendaki Gunung Everest.

Steck yang dikenali sebagai ‘Swiss Machine’ mati dalam kemalangan ketika cuba menyesuaikan diri tanpa oksigen di laluan baharu.

Pendaki berusia 40 tahun itu memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan pendakian aktif beliau.

Mayatnya ditemui di kaki Gunung Nupste, yang berkongsi rabung yang sama dengan Everest, selepas ditemui oleh rakan-rakan pendaki.

“Beliau kemalangan di Nuptse dan meninggal dunia. Beliau seolah-olah tergelincir,” kata Ketua Sherpa, Ang Tsering.

Steck sedang membuat persiapan untuk mendaki Gunung Everest mengguna West Ridge, laluan yang menyaksikan banyak kematian, diikuti oleh Lhotse, gunung keempat tertinggi di dunia.

Beliau dipercayai bersendirian pada hari Ahad kerana rakan pendakian beliau dijangkiti radang dingin yang teruk. – MalaysiaGazette