Home Seni Hidup Kenapa tak guna kereta tempatan sebagai kereta rasmi?

Kenapa tak guna kereta tempatan sebagai kereta rasmi?

kalau-orang-terhormat-sendiri-tak-nak-guna-kereta-nasional-macam-mana-bront-palarae_5e0de25012738-777x437-640x360
Bront Palarae

KUALA LUMPUR – Laporan yang mencadangkan kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan serta 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan pegawai kerajaan turut mendapat perhatian selebriti tanah air.

Antara yang memberikan pendapat adalah pelakon terkenal, Bront Palarae di laman Twitter miliknya.

Bront mempersoalkan bagaimana mahu meyakinkan orang luar untuk membeli kereta tempatan kita jika pihak atasan sendiri tidak mahu menggunakannya sebagai kereta rasmi.

C4A43AA0-BF4E-4474-8D59-E6C17B31164A-1024x613

Tambahnya lagi, jika ianya bertujuan untuk hubungan diplomatik dengan negara Jepun, maka kerajaan Jepun juga perlu menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai balas ganti.

Sebelum ini, isu pembelian kereta itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat yang menyifatkan ianya satu pembaziran. – MalaysiGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts