KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng diingatkan supaya ikhlas dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan berkaitan soal ekonomi negara.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta Menteri Kewangan itu tidak menipu dalam menjelaskan fakta sebenar keadaan atau pertumbuhan ekonomi.
Reaksi beliau hadir selepas Guan Eng menjelaskan sesetengah negara jiran jauh lebih terik pertumbuhan ekonomi sambil menyatakan keyakinannya terhadap kedudukan ekonomi negara yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Sebagai reaksi kepada kenyataan itu, Annuar menasihati pemimpin DAP itu supaya tidak menipu dalam soal ekonomi.
“Negara jiran mana yang lebih teruk?..jangan kelentong laa. Tiada negara jiran yang berjanji bulan dan bintang pada rakyat.. kemudian selamba je kencing,” katanya dalam akaun twitter.
Guan Eng berkata, kerajaan yakin ekonomi tahun ini akan lebih baik berikutan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan.
“Walaupun sebagai negara ekonomi berdaulat menghadapi pelbagai cabaran, kerajaan berusaha untuk menangani isu ekonomi berdasarkan asas ekonomi yang sentiasa kukuh termasuk fiskal dengan mengekalkan keyakinan pelabur dan agensi antarabangsa” katanya.
Tambah beliau, pertumbuhan ekonomi negara masih sihat pada kira-kira 4.7 peratus, lebih baik berbanding negara-negara lain. – MalaysiaGazette