TEHRAN – Ribuan orang memenuhi jalan-jalan raya di bandar raya ini bagi bersama-sama melaksanakan solat jenazah Qassem Soleimani.
Soleimani meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq pada Jumaat lalu selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mendapat persetujuan Presiden AS, Donald Trump.
Solat jenazah itu dipimpin oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei yang turut dilihat mengalirkan air mata.
Iran berikrar untuk membalas dendam atas kematian Soleimani dan telah menarik balik pematuhan Perjanjian Nuklear 2015.
Soleimani, 62, yang mengetuai operasi ketenteraan Iran di Timur Tengah telah disifatkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat.
Allahyarham adalah individu kedua paling berkuasa selepas Khamenei.
Televisyen Iram menunjukkan ribuan orang menyertai solat jenazah Soleimani yang diangkat sebagai wira negara. Mereka turut menangisi pemergian Soleimani.
Anak perempuannya Soleimani, Zeinab memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa negara itu akan menghadapi ‘hari gelap’ selepas insiden tersebut.
“Crazy Trump, jangan anda berfikir bahawa semuanya sudah berakhir dengan kematian ayah saya,” katanya. – MalaysiaGazette