Home Nasional MH17: Syarikat penerbangan selesai tuntuan dengan keluarga warga Australia

MH17: Syarikat penerbangan selesai tuntuan dengan keluarga warga Australia

Keadaan bangkai-bangkai pesawat MH17 yang bertaburan dan manjadi tumpuan orang ramai semasa tinjauan di lokasi tragedi MH17 terhempas di Ukraine. Krew MalaysiaGazette berada Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Foto : NOOR ASREKUZAIREY SALIM

SYDNEY – Sepasang suami isteri yang kehilangan tiga orang anak apabila pesawat MH17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine menjadi keluarga pertama di Australia yang menyelesaikan tuntutan dengan syraikat penerbangan itu, lapor The Australian.

Anthony Maslin dan Marite Norris yang tinggal di Perth kehilangan Mo, 12, Evie, 10, dan Otis, 8, ketika pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Ayah Marite, Nick Norris yang terbang bersama cucunya itu turut terkorban dalam insiden tersebut.

News Corp melaporkan Malaysia Airlines mengesahkan syarikat itu telah mencapai persetujuan dengan keluarga Maslin selepas mereka memfailkan saman menerusi Colin Biggers & Paisley dan Andrew Tulloch.

Penyelesaian tersebut bersyarat yang bermakna keluarga itu tidak dibenarkan membincangkannya dalam sebarang kaedah, bagaimanapun syarikat tersebut mengesahkan persetujuan telah dicapai.

“Kami boleh mengesahkan bahawa kami telah mencapai persetujuan secara baik dan sulit dengan keluarga Maslin dan oleh itu saman telah ditarik balik,” kata Eksekutif Kanan Malaysia Airlines, Norshafiza Zulkifli.

“Bagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan sebarang perincian saman ini atau mengenai perincian persetujuan yang dicapai kerana menghormati privasi keluarga ini.

Keluarga Maslin menuntut kerosakan yang diakibatkan daripada kejutan dialami yang menyaksikan mereka mendapatkan rawatan untuk kemurungan dan psikiatri.

Mereka mendapat tahu mengenai kemalangan tragik itu daripada laporan berita, bukannya daripada syarikat penerbangan.

Syarikat penerbangan tersebut dilaporkan tidak dipersalahkan terhadap kemalangan MH17, yang mana penyiasatan mendapati pesawat ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia, BUK. Kesemua 298 penumpang terbunuh, termasuk 38 warga dan penduduk Australia.

“Malaysia Airlines terbang di ruang udara yang tidak dihadkan dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam menyedia dan mengendalikan penerbangannya seperti yang disahkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhir kemalangan MH17,” kata Norshafiza dalam satu kenyataan dari Pejabat Pasca Kemalangan.

“Penyelesaian tersebut ‘bukan menyamai seperti pengakuan liabiliti kesalahan’,” tambah beliau.

Masih terdapat beberapa kes terhadap syarikat penerbangan itu di Australia.

Pada tahun lalu, keluarga itu mengalu-alukan kelahiran Violet May Maslin.

“Keluarga kami hancur apabila MH17 ditembak jatuh di udara oleh ledakan ganas peluru berpandu nasionalis,” kata pasangan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ketika Violet dilahirkan.

“Kami masih terasa kepedihannya, tetapi (kehadiran) Violet dan mengetahui kesemua empat anak kami sentiasa bersama kami menerangi kegelapan.

“Seperti kata Martin Luther King: “Kegelapan tidak boleh memadamkan kegelapan, hanya cahaya yang boleh melakukannya. Kebencian tidak boleh memadamkan kebencian, hanya sayang yang boleh melakukannya,”.

“Kami akan terus menyayangi kesemua empat orang anak kami secara saksama. Violet membawa harapan dan kegembiraan kepada kami. Kami berharap dia akan membawa harapan dan kegembiraan kepada anda juga,”.