Home Ekonomi Pos Malaysia lanjutkan promosi Pos Laju SendParcel

Pos Malaysia lanjutkan promosi Pos Laju SendParcel

KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melanjutkan tempoh promosi Pos Laju SendParcel sehingga 31 Januari 2020 atas permintaan ramai.

Pelanggan semasa dan baharu dengan nilai tambah RM1,000 dan ke atas berpeluang menikmati RM5 bersih untuk barangan kurang daripada 5kg untuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia sebelum 31 Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib berkata, pihaknya membuat keputusan untuk melanjutkan promosi Pos Laju SendParcel kerana mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan semasa dan baharu, terutamanya yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan perniagaan eDagang.

Pos Laju SendParcel adalah sebuah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan penghantaran mudah kepada individu dan pelanggan komersial.

Pos Laju SendParcel adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pos Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan kemudahan dalam menguruskan penghantaran pukal pada harga terbaik, sebut harga segera, perkhidmatan pengambilan percuma dan nota penghantaran yang dijana secara automatik termasuk kemudahan pelaporan dan pengesanan penghantaran.

Untuk menggunakan SendParcel, pelanggan hanya dikehendaki membuka akaun dan memilih salah satu daripada 8 pakej tambah nilai yang menyediakan kadar menarik dan pelbagai manfaat di sendparcel.poslaju.com.my.

“Selain daripada promosi SendParcel, kami juga akan melancarkan kempen Prabayar Pos Laju tidak lama lagi, yang menawarkan diskaun untuk sampul prabayar bagi PKS, PKS mikro dan pedagang dalam talian untuk menikmati nilai yang terbaik,” tambah Syed Najib.

Kempen Prabayar Pos Laju akan bermula pada 9 Januari – 8 Februari 2020, menawarkan diskaun kepada para pelanggan bagi sampul prabayar jingga / merah dan sampul prabayar biru untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, bermula dari RM6.90 bagi 500g.

Sampul prabayar boleh didapati di kesemua Pusat dan Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos selurh negara, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Laju Go2u, Pos-on-Wheel, ejen berdaftar Pos Laju, Shopee dan melalui kedai dalam talian di eziemall.com. – MalaysiaGazette