BOGOTA: Seramai lapan orang terbunuh apabila sebuah pesawat tentera terhempas di sebuah bukit di tengah Colombia, kata Presiden Juan Manuel Santos.
“Kesedihan kami dengan waris mangsa kemalangan pesawat @COL_EJERCITO di Cundinamarca. Lapan orang terkorban,” tulis Santos dalam akaun Twitter.
Kemalangan berlaku di barat Bogota, antara bandar Facatativa dan Zipacon, Gabenor wilayah tersebut, Jorge Emilio Rey berkata dalam akaun Twitternya.
Pesawat kipas Cessna Caravan boleh membawa sehingga 14 penumpang itu terbang dari pengkalan udara Guaymaral di utara Bogota ke Tolemaida, kawasan pedalaman di barat daya ibu negara tersebut, kata sekretariat kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan.
Rey mengisytiharkan untuk menyediakan kemudahan kecemasan.
Satu pasukan tentera telah dihantar bagi menyiasat punca kemalangan. – AFP