FRANKFURT – Syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa memaklumkan akan menyambung semula penerbangan ke Tehran pada hari Khamis ini selepas membatalkan penerbangan hariannya ke ibu negara Iran hari ini susulan situasi di negara tersebut.
Lufthansa berkata, lapangan terbang Teheran terbuka dan tidak ada sekatan keselamatan (NOTAMs) untuk kawasan sekitarnya.
Lufthansa berkata, syarikat penerbangan kumpulannya akan terus terbang di sekitar ruang udara Iran dan Iraq. – MalaysiaGazette