Home Nasional Saya tidak tahu, tak dimaklumkan pihak AG – KPN

Saya tidak tahu, tak dimaklumkan pihak AG – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara tidak dimaklumkan mengenai keputusan Peguam Negara mengenai perkembangan kes video seks sejenis mengaitkan seorang menteri.

“Saya tidak tahu, keputusan muktamad dibuat oleh pihak Peguam Negara, bila sudah rasmi saya akan umumkan,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, Abdul Hamid memaklumkan beliau memang sedang menunggu perkembangan terkini daripada Pejabat Peguam Negara berhubung keputusan itu.

Tan Sri Tommy dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada pendakwaan akan dibuat pada mana-mana individu berhubung klip video yang tular tahun lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat.

Dalam kenyataan itu, pihaknya mengesahkan keputusan siasatan mendapati bahawa pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah yang dibuat dalam dan luar negara.

Namun Tommy turut mengesahkan siasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baharu diperoleh.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 6 Januari lalu menjelaskan kertas siasatan serta laporan akhir itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada akhir tahun lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gagal cam wajah, tiada pendakwaan kes video seks sejenis – AG