Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menyifatkan orang yang melaungkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan panggilan bossku sebagai salah satu daripada penyakit gila.
Beliau melahirkan rasa hairan apabila kehadiran Najib ke Membakut, Sabah mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan sedangkan bekas Perdana Menteri itu berdepan dengan salah laku rasuah di mahkamah.