Home Politik Raggie serah bukti Lokman ejen Anwar kepada polis

Raggie serah bukti Lokman ejen Anwar kepada polis

Raggie Jessy (kiri) dan Lokman Noor Adam.

KUALA LUMPUR- Raggie Jessy Rithaudeen akan menyerahkan laporan terperinci hubungkait Datuk Lokman Noor Adam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada polis esok.

Itu kata Pengerusi Bersama Gabungan Bangsa Nasional (GBN) hari ini sebagai tindakbalas terhadap kritikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu kepadanya semalam.

Dalam rakaman videonya hari ini, Raggie Jessy juga nampak benar-benar marah dan menempelak Lokman yang meragui status keislamannya.

Malah beliau mengucap dua kalimah syahadah sebanyak 10 kali dalam rakaman video yang sama.

‘Perbalahan’ kedua-dua penyokong UMNO itu bermula apabila Raggie dalam satu rakaman video mengaitkan Lokman sebagai ejen Anwar di dalam UMNO.

Lokman pula kemudiannya menafikannya dan menegaskan yang beliau sudah bersumpah mubahalah menafikan ada kaitan dengan Presiden PKR.

Lokman juga secara ringkas memaklumkan beliau tidak pasti sama ada Raggie muslim atau tidak dan setahunya pemimpin NGO itu seorang Benggali.

Kedua-dua mereka pernah berkawan semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu.

Hari ini, Raggie ‘berang’ dengan dakwaan Lokman mempertikaikan keislamannya dan mengakui ada bukti Lokman merupakan ‘musuh dalam selimut’ kepada UMNO.- MalaysiaGazette