TERKINI: Anifah banyak berjasa kepada saya – Datuk Mohamad

Datuk Mohamad Alamin mengakui bahawa Datuk Seri Anifah Aman banyak berjasa kepada dirinya hingga membolehkan beliau dinamakan semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Menurut Mohamad yang lebih dikenali sebagai Datuk Mo, beliau tidak menafikan bekas Ahli Parlimen Kimanis itu banyak mengajar dirinya mengenai asam garam untuk menjadi ahli politik yang baik.