Home Dunia Ratu Elizabeth panggil mesyuarat kecemasan

Ratu Elizabeth panggil mesyuarat kecemasan

Meghan Markle dan Putera Harry. foto Agensi

LONDON – Ratu Elizabeth telah memanggil Prince Harry untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan masa depan cucu dan isterinya, Meghan Markle selepas pasangan itu membuat kejutan dengan pengumuman untuk berundur diri daripada tanggungjawab diraja.

Bapa Putera Harry, Putera Charles dan Putera William, juga akan menghadiri mesyuarat itu, yang dijadual berlangsung hari Isnin di ladang Sandringham di Norfolk, timur England, kata sumber Buckingham Palace kepada Reuters.

Meghan, seorang bekas pelakon TV Amerika, akan menyertai pertemuan itu melalui telefon dari Kanada.

Harry dan Meghan, secara rasmi dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, mengejutkan seluruh keluarga diraja apabila pada Rabu lalu mengumumkan secara terbuka mahu “menarik diri” daripada peranan diraja bagi membolehkan mereka menghabiskan lebih banyak masa di Amerika Utara.

Pengumuman oleh pasangan itu dibuat tanpa berunding dengan Ratu Elizabeth atau ahli keluarga lain hingga menyebabkan keluarga diraja berasa sedih dan kecewa yang amat sangat.

Pertemuan pada hari Isnin itu nanti akan menjadi kali pertemuan pertama kerabat diraja membincangkan pengumuman yang dibuat oleh Putera Harry dan Meghan.

Pegawai-pegawai yang terlibat di belakang tabir telah bekerja keras untuk melakukan pertemuan dengan pasangan diraja itu dan setakat ini perkembangannya berjalan dengan baik.

Para perunding itu membabitkan Kerajaan British dan Kanada yang membuka jalan bagi pertemuan bersemuka antara Putera Harry dan Ratu Elizabeth. – MalaysiaGazette