Home Dunia 4 askar cedera dalam serangan di pangkalan tentera AS

4 askar cedera dalam serangan di pangkalan tentera AS

Pangkalan tentera Amerika Syarikat di Balad dibom menyebabkan empat cedera. foto Agensi

TIRKIT – Empat orang cedera dalam serangan ke atas pangkalan udara Balad di utara Iraq yang menempatkan kakitangan Amerika Syarikat (AS).

Tentera Iraq dalam satu kenyataan berkata, lapan roket Katyusha telah dibedil di pangkalan, kira-kira 80 kilometer (50 batu) di utara ibu kota Baghdad.

Empat cedera termasuk dua pegawai.

Mereka berkata tujuh bom mortar telah dibom di landasan pangkalan tentera.

Setakat ini tiada kenyataan tentang kecederaan dalam kalangan askar AS.

Kenyataan ketenteraan Iraq belum mengeluarkan kenyataan tentang pihak di belakang serangan itu dan tidak menyebutkan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan Iran.

Rabu lalu Iran telah melepaskan menembak peluru berpandu di dua pangkalan tentera di Iraq yang menempatkan pasukan AS. – MalaysiaGazette