Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

Gambar hiasan

SEOUL – Harga minyak turun dalam dagangan hari ini berikutan penurunan kebimbangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran tetapi dipantau bagi pelaksanaan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat-China yang dijadual berlangsung Rabu ini.

Minyak mentah Brent turun AS$0.13 atau 0.2%kepada AS$ 64.85 setong pada 0120 GMT dan WTI juga turun AS$0.09 atau 0.2% kepada AS$ 58.95 setong.

Harga minyak melonjak selepas pembunuhan komander Iran dalam serangan dron Amerika Syarikat dan pelancaran peluru berpandu Iran sebagai membalas dendam.

Tetapi ketegangan itu merosot apabila Amerika Syarikat dan Iran melangkah keluar dari ambang konflik.

Penanda aras Brent mencecah empat bulan tinggi melepasi AS$70 setong sebelum berakhir bawah AS$65, meskipun situasi di Timur Tengah kekal tegang.

Empat askar Iraq dilapor cedera dalam serangan di pangkalan tentera Baghdad, yang menjadi lokasi penempatan tentera Amerika Syarikat, kata tentera Iraq.

“Ketegangan geopolitik akan menjadi fokus para pelabur pada minggu ini,” kata ANZ Research dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam pada itu, jangkaan peleraian ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan menawarkan sokongan kepada harga. – MalaysiaGazette