Home Nasional Gantung tugas pegawai, biar polis siasat – Syed Saddiq

Gantung tugas pegawai, biar polis siasat – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada polis sekiranya benar ada pegawainya ditahan positif dadah awal pagi tadi.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, semua orang tanpa mengira jawatan dan status tertakluk kepada undang-undang, dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq mengumumkan beliau akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip ‘kedaulatan undang-undang’,” kata Ketua Armada Bersatu itu.

Sebelum itu, tular di media sosial, Ahli Dewan Undangan Dengkil, Adif Syan Abdullah ditangkap dan disahkan positif dadah dalam serbuan di Damansara.

Bagaimanapun, Adif Syan menafikan dakwaan itu ketika dihubungi satu portal pagi ini.- MalaysiaGazette

BACA: ADUN Dengkil nafi ditahan positif dadah

ARTIKEL BERKAITAN:

ADUN, 4 pegawai khas politik positif dadah ditahan?