Home Nasional ADUN ditangkap: Saya tak akan campur tangan – Muhyiddin

ADUN ditangkap: Saya tak akan campur tangan – Muhyiddin

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan dan beberapa individu yang ditahan dalam operasi pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu turut menegaskan beliau  tidak akan campur tangan dalam kes tersebut.

Artikel berkaitan: ADUN, 4 pegawai khas politik positif dadah ditahan?

ADUN Dengkil nafi ditahan positif dadah

Kedudukan ADUN akan ditentukan – MB Selangor

Bersatu sahkan ADUN ditahan

“Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang,” tegas Muhyiddin dalam satu kenyataan.

Beliau juga menjelaskan bahawa Pizi bin Jihat, antara individu yang dikatakan turut ditahan dalam operasi tersebut adalah seorang kakitangan di ibu pejabat parti dan bukan pegawai khasnya. – MalaysiaGazette