Home MGNews TERKINI : Semua Mereka Positif Dadah, Seorang Sahaja Negatif – Ketua Polis...

TERKINI : Semua Mereka Positif Dadah, Seorang Sahaja Negatif – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR – Seramai 16 daripada 17 individu ditahan dalam serbuan polis terhadap sebuah kondominium dekat Puchong melibatkan seorang wakil rakyat Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, enam daripadanya adalah wanita.

Serbuan di lokasi terbabit dijalankan susulan maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian secara terbuka.

Beliau berkata, susulan tangkapan yang dibuat, saringan awal kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah manakala seorang lagi negatif.

“Semua tangkapan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis, kecuali seorang warga asing.