Home Dunia Geng dadah bakar bas, treler

Geng dadah bakar bas, treler

Anggota bomba memadamkan bas yang terbakar di Rio de Janeiro. foto Agensi

RIO de JANEIRO – Kumpulan geng dadah disyaki terlibat membakar tujuh buah bas dan treler di lebuh raya utama di bandar ini.

Tindakan itu dipercayai dilakukan sebagai membantah serbuan polis di kawasan-kawasan setinggan yang dikuasai oleh penjenayah.

Sebelum kenderaan terbabit dibakar, suspek mengarahkan semua penumpang berada di luar bas dan trak.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Membakar bas adalah satu bentuk bantahan dan ugutan biasa yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan penjenayah di Brazil.

Polis berkata, kumpulan saingan terlibat dalam pergaduhan api awal hari ini.

Pada pertengahan petang, sekurang-kurangnya 40 suspek ditahan dan lebih daripada 30 senjata api dirampas di setinggan Cidade Alta.

Sekurang-kurangnya tiga anggota polis mengalami cedera ringan.

Keganasan di Rio meningkat sejak Olimpik 2016 kerana kerajaan Brazil yang terbeban dengan hutang tidak mempunyai dana untuk melaksanakan program mengekang jenayah di kawasan setinggan yang menjadi tumpuan geng-geng penjenayah. – MalaysiaGazette