Home Ekonomi Penerokaan minyak dunia terendah pada 2016

Penerokaan minyak dunia terendah pada 2016

Gambar hiasan

NEW YORK – Penerokaan minyak dunia pada tahun lalu jatuh kepada rekod yang terendah selepas firma-firma masih mengurangkan perbelanjaan.

Projek minyak secara konvensional pula merekodkan kedudukan pada tahap terendah lebih daripada 70 tahun.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) meramalkan trend itu dijangka berterusan pada tahun ini.

Penerokaan minyak merosot kepada 2.4 bilion tong pada 2016 berbanding purata 9 bilion tong setahun 15 tahun yang lalu.

EIA dalam kenyataannya berkata, jumlah sumber konvensional dibenarkan untuk pembangunan tahun lepas juga turun kepada 4.7 bilion tong, 30 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Kejatuhan itu disebabkan bilangan projek-projek yang menerima kelulusan merosoat kepada paras terendah sejak tahun 1940an.

“Penurunan ketara dalam aktiviti konvensional sektor minyak disebabkan penurunan dalam perbelanjaan pelaburan ekoran kejatuhan harga bahan bakar.

“Situasi ini memberi kebimbangan tambahan kepada jaminan tenaga global ekoran peningkatan risiko geopolitik di negara-negara pengeluar utama seperti Venezuela,” katanya.

Namun, EIA berkata, industri minyak syal di Amerika Syarikat terus melonjak dengan pelaburan dan pengeluaran meningkat dengan ketara, dipacu oleh kos pengeluaran yang lebih rendah sebanyak 50 peratus sejak 2014.

Malah, jurang penguasaan pengeluaran minyak konvensional juga jauh lebih rendah kepada 69 juta tong sehari berbanding keseluruhan minyak dunia 85 juta tong sehari.

EIA menjangkakan permintaan global meningkat sebanyak 1.2 juta tong sehari dalam tempoh lima tahun akan datang, turut memberi amaran tempoh lanjutan pelaburan minyak yang rendah boleh menyebabkan bekalan semakin terhad. – MalaysiaGazette