Home Politik Sampai sekarang Warisan masih gagal sedia pelan pembangunan

Sampai sekarang Warisan masih gagal sedia pelan pembangunan

Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan.

KUALA LUMPUR – Kenapa sampai sekarang kerajaan Warisan gagal menyediakan satu pelan halatuju pembangunan walaupun sudah hampir dua tahun memerintah?

Itu persoalan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Menurutnya, rakyat Sabah ternanti-nanti apa visi dan misi kerajaan Warisan namun sehingga 19 bulan memerintah, mereka masih gagal melakukannya.

“Rakyat Sabah bukan minta universiti atau lebuh raya baharu kerana ia mustahil kerana kerajaan Warisan tak sampai dua tahun lagi memerintah.

“Rakyat Sabah mahu satu perancangan, visi dan bawa ke mana ekonomi Sabah mahu dibawa Warisan dan dalam masa 19 bulan ini mereka masih gagal,” katanya dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.

Berbeza pada pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sudah menyiapkan pelan perancangan secara terperinci dalam setahun sahaja pemerintahannya.

Dalam pada itu, beliau juga hairan kenapa kerajaan Warisan lebih mengutamakan soal pemegang Pas Sementara Sabah (PSS) dan soal pendatang asing.

Menjawab dakwaan BN memainkan isu PSS hanya kerana mahu menutup kelemahan BN yang gagal membawa pembangunan di Sabah Rahman berkata, rakyat boleh menilai dengan baik siapa yang telah membawa banyak perubahan kepada Sabah.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sama macam bn dulu2…. Tahu sapu saja… Tak ada pun plan pembangunan….. Tahu, reka cipta, macam mana nak memperkaya kan diri sendiri dan puak2 kamu saja… Orang politik, sama saja…. Janji lain, buat lain…..

Comments are closed.