Home Nasional ROS tarik balik penggantungan MTUC

ROS tarik balik penggantungan MTUC

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor

KUALA LUMPUR – Penggantungan sementara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Selangor yang dikuatkuasakan 19 Disember lalu dibatalkan.

Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor dan Setiausaha Agungnya berkata, MTUC telah menerima surat daripada ROS yang berhubung pembatalan penggantungan itu.

Malah, ROS tidak akan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran MTUC selepas berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat bersama sokongan dokumen terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh individu kepada agensi itu.

Artikel berkaitan:MTUC dapat notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran

KSM sedia bantu kes MTUC kena gantung

RoS wajar bertindak adil terhadap MTUC

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka memaklumkan ROS mengarahkan MTUC mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahun (TDC) yang disyaratkan dalam perlembagaannya dengan segera.

“ROS memaklumkan ia akan memantau dan memastikan TDC mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Susulan itu, MTUB akan memanggil mesyuarat khas pada 2 Februari ini untuk memutuskan semua perkara dan persiapan dengan TDC. – MalaysiaGazette