Bekas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa kesal apabila ratusan peserta Himpunan Solidariti Rakyat Bantah Pas Sementara Sabah (PSS) gagal menyertai himpunan itu.
Beliau berkata, walaupun ribuan peserta berjaya menghadiri himpunan bantahan PSS itu, namun sekatan polis telah menjejaskan kehadiran dalam program anjuran dua badan bukan kerajaan (NGO) itu yang dihadkan kepada dua jam sahaja.