Home MGNews TERKINI : Program Sarapan Pagi Hanya Untuk Mereka Yang Layak- Tun Mahathir

TERKINI : Program Sarapan Pagi Hanya Untuk Mereka Yang Layak- Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan perkara itu berkata, bagaimanapun ia hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja.

“Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah pun dapat juga. Itu tidak adil.

“Kita akan berikan (PSP) kepada mereka yang layak,” katanya yang kini memangku jawatan Menteri Pendidikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di sini, hari ini.