Home MGNews TERKINI : Data E-Tunai Rakyat Takkan Disalah Guna – Lim Guan Eng

TERKINI : Data E-Tunai Rakyat Takkan Disalah Guna – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata data yang diperolehi daripada inisiatif e-Tunai Rakyat tidak akan disalahgunakan untuk kegunaan komersial.

“Makluamat (yang dikumpul) adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain,” katanya kepada media semasa ditemui di Petaling Jaya pagi ini.

Beliau berada di pasar basah SS2 untuk mempromosikan skim e-Tunai Rakyat membabitkan bantuan kerajaan sebanyak RM30 bagi setiap pengguna baru e-dompet.

Lim berkata program itu diuruskan oleh firma milik penuh kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

“Anda mungkin bimbang ada pihak yang akan melombong data (pengguna), tapi jangan bimbangm, kerajaan bukan syarikat komersial.

“Untuk pertubuhan komersial, sesetengah mereka akan berminat untuk melihat pola penggunaan dan menggunakan maklumat tersebut.

“Bagaimanapun kerajaan bukan mengendalikan perniagaan, jadi kami tidak akan membenarkan (akses kepada sektor perniagaan),” katanya.

Skim e-Tunai Rakyat digerakkan dengan pembabitan tiga syarikat pembayar iaitu Axiata Digital Sdn Bhd yang mengendalikan aplikasi Boost, Touch ‘N Go Sdn Bhd (Touch ‘N Go) dan Grab Holdings Ltd (GrabPay).

1 Komen

Comments are closed.