Home Politik Ilham Centre selalu memihak kepada PH – Tok Mad

Ilham Centre selalu memihak kepada PH – Tok Mad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

KIMANIS – Barisan Nasional (BN) dijangka mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berdasarkan kepada gerak kerja jentera parti yang berterusan menyantuni rakyat dari rumah ke rumah.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun dapatan Ilham Centre meramalkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menang selesa, namun kaji selidik badan itu meragukan kerana ia cenderung kepada Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin BN akan menang, dia kata Warisan menang, itu hak dia kan, kita tahu Ilham Centre ini siapa kan, mereka menjadi NGO yang selalu memihak kepada PH.

“Saya yakin BN jentera kena terus bekerja kuat sehingga pukul 5.30 petang 18 Januari ini keluarkan seramai mungkin pengundi-pengundi, kita cuba memujuk mereka supaya memberikan kepercayaan kepada BN.

“Kalau ini kita buat, saya yakin ada peluang untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pimping, di sini, malam ini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Ceramah PDM Pimping sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Kampung Pimping, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 16 JANUARI 2020

Beliau mengulas kajian Ilham Centre yang meramalkan calon Warisan menang selesa dalam PRK Parlimen Kimanis sekaligus meranapkan kubu kuat BN.

Hasil kajian itu mendapati Karim selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan mempunyai 57 peratus kelebihan berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Menurut ketua penyelidiknya Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.

Katanya lagi, ramalan Ilham Centre bukan sesuatu muktamad dan jika penerangan terus dilakukan hingga hari pengundian, apa pun keputusan boleh berubah termasuk sokongan pengundi kepada mana-mana parti yang bertanding.

“Dalam proses demokrasi ini, kita perlu bekerja dan berusaha sampai saat akhir untuk meyakinkan pengundi untuk membuka minda pengundi siupaya mereka memilih parti mana yang mereka rasakan boleh menjadi wakil mereka di Parlimen nanti.

“Kita tak buat kaji selidik, dapatan kita buat secara rumah ke rumah dan buat ceramah dan kita yakin bahawa jika kita terangkan keadaan semasa politik, tanahair dan ekonomi semasa, orang boleh nampak jauh beza Kerajaan PH sekarang,” katanya.lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Satu malaysia dh tahu pakatan haprak ni pembohong penipu… Bermula dr prk hingga pru15.. Bermula la detik kekalahan PH… Puak2 gila kuasa dh mula bertelagah sesama sendiri… Ayuh rakyat kimanis dan rakyat malaysia tumbangkan kera jaan dan perti2 penipu ni… Kembali kan kerajaan yg lama…

Comments are closed.