Home Utama Kisah keluarga OKU, tayar bocor dan bayi yang kesakitan…

Kisah keluarga OKU, tayar bocor dan bayi yang kesakitan…

KUALA LUMPUR – Bebenang kisah pasangan suami isteri yang dikongsi seorang netizen yang menggunakan nama Zairul Eizam di laman Twitter benar-benar mengusik perasaan.

Segalanya bermula pada waktu senja sewaktu Zairul sedang menunggang motosikal di Lebuh Raya Guhrie.

Menurut pemuda tersebut, ketika itu dia ternampak sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan yang ‘tidak stabil’.

Ujarnya, keadaan itu sangat membahayakan penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan.

Kata Zairul, dia kemudiannya terperanjat kerana menyaksikan sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

“Allahu, ada ‘baby’. Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

“Bang, kenapa ni”. Tanya saya. Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

“Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang,” tulis Zairul dalam Twitternya.

Selepas itu Zairul mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip apa yang berlaku untuk dibaca oleh wanita itu sebelum dia menjawab tinggal di Bukit Subang.

Kebetulan, katanya, ada seorang lelaki yang datang dan turut sama membantu.

Lelaki itu, kata Zairul, mencadangkannya membawa motosikal yang pancit itu dan keluarga OKU berkenaan menunggang motosikalnya hinggalah sampai ke rumah mereka.

Tambah Zairul, lelaki itu sempat menghulur RM10 pada si suami.

Image

“Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana. Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja.

” Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri, tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.

ImageImage

“Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.

“Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

Image
“Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay.
Image

” Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

“Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini,” tulis Zairul.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi pemuda OKU itu ditalian 0129414966 atau akaun Bank Islam 12234020181048 (Zubair Muhammad) – MalaysiaGazette