Home Dunia AS hantar pesawat kesan nuklear ke pengkalan udara di Jepun

AS hantar pesawat kesan nuklear ke pengkalan udara di Jepun

Pesawat WC-135W

SEOUL – Amerika Syarikat menempatkan sebuah pesawat pengesan radiasi, WC-135W, di salah sebuah pengkalan udaranya di Jepun, kata pengesan penerbangan, yang mana ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan pengawasan ke atas Korea Utara.

Pesawat WC-135W Constant Phoenix tiba di Pengkalan Udara Kadena, Okinawa di Jepun, kata Aricraft Spots melalau laman sosial Twitter, tanpa menyatakan masa ketibaannya.

Pesawat yang dikenali dengan jolokan ‘nuke sniffer’ (penghidu nuklear) itu memainkan peranan utama dalam mengesan kebocoran radioaktif selepas malapetaka nuklear Chernobyl, Kesatuan Soviet pada 1986.

Adalah tidak jelas sama ada pesawat tersebut hanya melakukan persinggahan atau operasi, lapor agansi berita Yonhap.

Sebuah pesawat pengawasan, RC-135S Cobra Ball juga telah dikerah ke Pengkalan Udara Kadena. – Agensi