Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta supaya memberikan penjelasan terperinci berhubung keputusan menutup kes serangan seksual ke atas Muhammad Yusoff Rawther.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Peguam Cara Negara, Datuk Tengku Nor Faiza Engku Atek semalam meminta supaya satu temujanji ditetapkan dalam masa terdekat agar perkara tersebut dapat diselesaikan.
“Kita tulis surat bertarikh 16 Januari dan telah di emel kepada Datuk Engku (Peguamcara Negara) malam semalam. Kita juga hantar ke pejabatnya untuk meminta dengan jelas agar dinyatakan perkara itu (keputusan menutup kes).
“Kita kena berlaku adil, kena ikut undang-undang dan Peguam Negara kena jelaskan dalam temujanji. “Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan masa depan Yusoff Rawther (anak guamnya),” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.