Home Utama Adegan tarik sepanduk kecoh di mesyuarat PKR

Adegan tarik sepanduk kecoh di mesyuarat PKR

MGF18012020_Mesyuarat-Majlis-Pimpinan-Pusat-PKR_04-640x427
Kelihatan kekocohan tercetus antara penyokong yang hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JANUARI 2020

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini kecoh apabila kumpulan yang penyokong dan kumpulan anti Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bertembung.

Biarpun bermula aman namun laungan provokasi bergema di perkarangan ibu pejabat parti itu.

Di luar perkarangan ibu pejabat parti itu, terdapat dua kumpulan yang berhimpun semasa berlangsungnya mesyuarat MPP.

Satu kumpulan mahu MPP memecat Zuraida manakala satu lagi kumpulan menyatakan pendirian mereka menyokong Zuraida.

MGF18012020_Mesyuarat-Majlis-Pimpinan-Pusat-PKR_03
Sebahagian penyokong yang hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JANUARI 2020

“Pecat Zuraida,” laung mereka sambil memegang sepanduk “MPP pecat Zuraida”.

Satu lagi kumpulan lagi melaungkan “Hidup Zuraida, Zuraida power,” yang rata-ratanya terdiri daripada wanita PKR.

MGF18012020_Mesyuarat-Majlis-Pimpinan-Pusat-PKR_01
Sebahagian penyokong yang hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Ibu Pejabat PKR Tropicana, Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 JANUARI 2020

Malah tercetus adegan tarik menarik sepanduk di antara kedua-dua kumpulan.

Mesyuarat bulanan bagi MPP PKR itu dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mesyuarat turut disertai Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida tidak kelihatan dalam mesyuarat berkenaan. -MalaysiaGazette

01ec84f0d9ef235edf263ed3c5a18481?s=150&d=mp&r=g
+ posts

1 Komen

Comments are closed.