Home MGNews TERKINI: Undi tidak terjejas walau SPR guna kamera video

TERKINI: Undi tidak terjejas walau SPR guna kamera video

Penggunaan kamera video di semua 68 saluran dan 19 pusat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bermula hari ini tidak mengganggu proses pembuangan undi.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmi Sharom, rakaman video itu juga tidak akan mengganggu kerahsiaan pilihan pengundi kerana kedudukannya kamera itu terletak di sudut bilik mengundi.