KUALA LUMPUR – Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim mengakui pihaknya telah terkhilaf dalam meramalkan kemenangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di Kimanis.
“Setelah sekian lama Ilham Centre mengekalkan ketepatan dalam meramal pemenang dalam siri-siri PRK, kami terkhilaf di Kimanis,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Menurut Yusri, sebagai ketua penyelidik, beliau mengambil tanggung jawab penuh atas kekhilafan kali pertama ini.
Sebelum ini Ilham Centre dalam dua laporannya membuat rumusan Barisan Nasional akan tewas di Kimanis antara lain menurut mereka disebabkan iklim politik yang berbeza di Sabah.
Mereka menyimpulkan bahawa isu-isu seperti sentimen Melayu-Islam, semangat peyatuan ummah dan muafakat nasional yang menyumbang kepada kemenangan BN di Semenanjung tidak relevan di Kimanis.
“UMNO Sabah kemudiannya jatuh nazak selepas PRU 14 apabila hampir semua wakil rakyat mereka keluar parti selepas kalah dalam pilihanraya tersebut.
“Adakah UMNO dan BN Sabah telah pulih untuk menghadapi PRK Kimanis ini? Saya tidak temui petunjuk itu,” kata Mohd Yusri dalam laporan bertajuk Hipotesis Awal PRK Kimanis: Gelombang Semenanjung Terhenti di Borne, Warisan Memiliki Kelebihan di Kimanis.
Artikel berkaitan: Survey Ilham Centre dibuat dengan niat politik – Najib
Sementara itu dalam laporan kedua dengan judul PRK P176 Kimanis: Faktor Parti Kerajaan Bantu Warisan Menang, Ilham Centre melihat faktor kelebihan sebagai parti pemerintah, peranan “big men” yang memangkin peralihan undi penyokong Bersatu dan PHRS ke Warisan, serta faktor parti lokal akan menyaksikan Warisan bakal keluar selaku pemenang.
Namun keputusan pilihan raya yang diumumkan malam tadi nyata memihak kepada Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya Datuk Mohamad Alamin malah kemenangan itu lebih bermakna apabila BN berjaya mencatatkan peningkatan majoriti daripada 156 undi yang diperoleh pada PRU14 kepada 2,029 undi.
Calon Warisan, Datuk Karim Bujang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.
Artikel berkaitan: Ilham Centre selalu memihak kepada PH – Tok Mad
Mengulas lanjut, Yusri berkata, bagi parti yang menang atau pun yang kalah, keutamaan seharusnya difokuskan kepada kebajikan serta keperluan rakyat.
“Tinjauan kami di sana menunjukkan rakyat masih hidup dalam tahap sosio ekonomi (SES) terdesak yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan pihak yang memenangi PRK ini.
“Sebagai contoh, sampai bila kita hendak melihat sebahagian penduduk Bongawan mengharungi perjalanan yang begitu jauh hanya untuk mengeluarkan duit RM50 kerana mesin ATM tiada di tempat mereka?
“Kemudahan ATM ini hanyalah satu contoh kecil di celah-celah ribuan lagi isu kebajikan rakyat yang kami temui di Kimanis seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, jalan berturap dan sebagainya yang perlu diberi perhatian.
“Rakyat perlu disantuni sepanjang masa dengan jiwa yang luhur, bukan sekadar digula-gulakan sewaktu musim pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan
Gelombang Semenanjung terhenti di Borneo, Warisan miliki kelebihan di Kimanis
Bukan setakat Kimanis,tempat lain pun kamu terkhilaf.jangan sokong sebelah pihak.baru boleh jadi peramal yg baik.ayat jangan menganpu sangat.
Sudah terkantoi baru nk sedar diri.
HANGPA NI D BAYAQ UNTUK MENYALAK…MACAM LA DUNIA IKTIRAF GRAF HGPA TU.SYOK SENDIRI SAJA HGPA,NAK PERHATIAN LEBIH N CARI GLAMOUR TEPI LOJI KUMBAHAN…LAHANAT MANA PAKAI HGPA PUNYA STATISTIK NTAH LA,.PROPA NAK PANCING LEBIH…HAKETUIHHHHHH…