Home Politik Mohd. Shafie akan nilai semula PSS

Mohd. Shafie akan nilai semula PSS

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan menilai semula rancangan melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS).

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas calon Parti Warisan kalah dengan calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Kimanis.

“Saya akan melihatnya secara terperinci dan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri rumah terbuka Krismas dan Tahun Baru anjuran Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick di Kota Belud seperti laporan FMT hari ini.

Semalam calon Warisan, Datuk Karim Bujang kalah dengan undi majoriti sebanyak 2,029 selepas meraih 10,677 undi berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin yang mendapat 12,706 undi.

Dalam ucapannya pada majlis hari ini, Mohd. Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, partinya menerima keputusan PRK Kimanis kerana ia adalah kehendak pengundi.

“Kita harus menghormati keputusan rakyat tetapi jangan bimbang, saya telah lalui jatuh bangun dalam hidup saya.

“Ini hanyalah satu pertempuran, bukan peperangan,” kata Ahli Parlimen Semporna itu sambil berjanji tidak akan melupakan para pengundi di Kimanis walaupun kalah.

“Tidak bermakna bila kita kalah, kita tinggalkan rakyat. Kita kalah di Tambunan (pada pilihan raya umum ke-14), tapi saya kembali ke situ untuk beri RM1 juta untuk bina gereja. Malah saya juga berikan peruntukan lain ke kawasan itu,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, beliau berkata, rakyat di masih memerlukan sokongan dan bantuan kerajaan.

“Kita adalah kerajaan,” katanya.

“Terdapat beberapa faktor termasuk calon, kewangan dan beberapa perkara lain. Saya akui ia perlu diteliti.

“Kita akan buat post mortem segera bagi membaiki persiapan kita,” katanya.-MalaysiaGazette

4 Komen

    • Terbaik kepala otak penipu lah…memang betul lah dia cakap sebelum PRK tu “ORANG SABAH BUKAN BODOH “sebab tu lah warisan kalah…jadi jangan mimpi org2 sabah akan tertipu dengan muslihat licik WARISAN.

  1. Terbaik? Brp tahun dia jadi YB, siap jadi menteri lg. Cer tgk kwsn dia. Pasar basah yg proper pun xde. Kes 1.5B apa citer?

    Terbaik? Buta ke pekak? Kih kih kih

Comments are closed.