Home Dunia The New York Times zahirkan sokongan kepada Klobuchar dan Warren

The New York Times zahirkan sokongan kepada Klobuchar dan Warren

WASHINGTON – The New York Times menyokong nominasi Senator Amy Klobuchar dan Elizabeth Warren sebagai calon parti Demokrat untuk pilihan raya presiden.

Ini merupakan kali pertama akhbar liberal itu memilih dua calon berkenaan.

The New York Times menggambarkan senator Massachusettes itu sebagai radikal manakala Klobuchar yang merupakan senator Minnesota, sebagai pilihan “realis”.

“Sebahagian ahli parti melihat Presiden Donald Trump sebagai mengarut dan percaya ini akan mengembalikan Amerika ke arah yang lebih baik.

“Terdapat juga yang percaya Presiden Trump adalah satu produk politik dan ekonomi yang sangat rosak dan perlu diganti.

“Kedua-dua model radikal dan realis ini perlu diberi pertimbangan serius dan kerana itulah kami menyokong calon-calon yang mempunyai kualiti sedemikian, dan mereka adalah Elizabeth Warren dan Amy Klobuchar,” kata ahli lembaga pengarah akhbar tersebut.

The Times menggelarkan Warren sebagai satu “standard baharu bagi golongan kiri Demokrat” dan memuji pelan reformasi struktural dan sosial yang diperjuangkan wanita tersebut.

“Laluan Warren ke arah nominasi adalah mencabar tetapi masih boleh dicapai,” kata lembaga pengarah.

Bagi Klobuchar yang lebih sederhana, The Times berkata, “pengalaman beliau dalam senat dan menjadi bipartisan membuatkannya sebagai satu calon sebenar dan penyatu kepada sayap-sayap dalam parti dan diharapkan menjadi penyatu kepada negara,” kata The Times.- Agensi