Home Politik Terus kalah bukti kerajaan baharu bakal tumbang – Dominic

Terus kalah bukti kerajaan baharu bakal tumbang – Dominic

Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai .

KUALA LUMPUR – Kekalalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada Sabtu lalu membawa petanda bahawa kerajaan baru perlu sedia dengan kekalahan yang lebih besar pada masa akan datang.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan itu memberi gambaran betapa rakyat kini menolak kerajaan baharu.

“Parti Gerakan Rakyat Malaysia percaya kekalahan ini berpunca dari pelbagai faktor seperti isu SST, tol, harga barang dan sebagainya.

“Oleh itu, rakyat berhak memilih demi kesejahteraan yang lebih harmonis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan kelima dan kali ini di Parlimen Kimanis selepas berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.

Mohamad Alamin berjaya meraih 12,706 undi.

Jumlah majoriti itu meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi yang mana ketika itu kerusi Kimanis dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding atas tiket BN.

Dalam pada itu, Dominic Lau menegaskan, kerajaan baharu perlu berhenti daripada menabur pelbagai gula-gula seperti pengurangan tol 18 peratus, e-tunai dan sebagainya kerana rakyat tidak mendambakan pemberian sedemikian rupa.

Sebaliknya kata beliau, rakyat menuntut kerajaan baru supaya menunaikan janji PRU lalu untuk mengurangkan pelbagai masalah dan dilema rakyat seperti kos sara hidup, pendidikan percuma dan sebagainya.

“Oleh itu, Lim Guan Eng seharusnya sedar bahawa pilihanraya Kimanis bukanlah pertandingan semata-mata, tetapi ia adalah ukuran prestasi pentadbiran kerajaan baru yang semakin buruk,” tambahnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Isu perkauman dap sering memainkan isu perkauman dan rasis.kacau hak orang2 melayu.hak raja2 melayu.agama islam dap sering memainkan.isu abu ching peng isu komunis.isu komik komunis.dap parti porak peranda hubungan kaum.kedai2 cina sudah tak laku bakal gulung tikar.orang melayu dah mula sedar.cina makin kaya makin rasis apa lagi bila ada jawatan dalam kerajaan seperti beruk dapat bunga x pernah dapat bunga bila dapat meloncat tak ingat dunia.parti celaka dap sejarah hitam 13 mei angkara pap di tukar jadi dap.hanya tukar nama tapi perangai tetap perkauman rasis.

Comments are closed.