KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mungkin mendapat sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada Sabtu lalu jika gabungan parti politik itu mempunyai gaya dan tidak prejudis terhadap mereka yang sedang menghadapi perbicaraan.
Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berkata, apa yang berlaku ialah PH mempersendakan pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka sifatkan sedang beratur untuk ke penjara.
“Selepas Kimanis kita tertanya-tanya mengapa mereka masih mencium tangan seorang pencuri,” katanya dalam akaun twitter.
Pada PRK Parlimen Kimanis Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan kelima dan kali ini di Parlimen Kimanis selepas berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.
Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.
Mohamad Alamin berjaya meraih 12,706 undi.
Jumlah majoriti itu meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu 156 undi yang mana ketika itu kerusi Kimanis dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding atas tiket BN.
Sementara itu, menurut Zaid, masalah yang dihadapi PH termasuk mengotakan janji pilihan raya atau peralihan jawatan Perdana Menteri hanya boleh diselesaikan dengan keikhlasan.
Tambah beliau, apabila para pemimpin tidak ikhlas, tiada apa yang bermakna boleh dicapai.
“Apabila kita dipandu keiklasan, kehidupan sentiasa akan lebih mudah, malah politik juga,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Dia ni ke yang masuk pertanding apa pun semua kalah tertonggeng?
Awas orang Kelantan, kaji balik sejarah,mujor datuk nenek kita berjuang menentang orang Melayu seperti Zaid ini di masa penjajahan Portugis, jika tidak mungkin kita kini beragama Kristian seperti orang2 di Filipina, orang seperti zaid ini bila di beri pangkat dan kemewahan sanggup menjadi pertualang bangsa