DUBAI – Iran mengancam akan keluar daripada Perjanjian Nuklear (NPT) jika negara-negara Eropah merujuknya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung perjanjian tersebut – satu tindakan yang akan menyebabkan konfrontasi dengan barat.
NPT yang ditandatangani pada tahun 1968 merupakan asas kepada kawalan senjata nuklear dunia sejak Perang Dingin, termasuk Perjanjian 2015 yang ditandatangani Iran dengan kuasa-kuasa dunia yang menawarkan akses kepada perdagangan dunia jika ia tidak terlibat dalam program-program atomik.
Bagaimanapun, perjanjian itu diragui sejak Presiden Donald Trump menarik semula dan melaksanakan semula sekatan ekonomi.
Sebagai tindak balas, Iran mengurangkan komitmennya terhadap perjanjian berkenaan.
Britain, Perancis dan Jerman mengisytiharkan bahawa Iran telah melanggar perjanjian itu pada minggu lepas dan menyebabkan berlaku pertikaian yang akan menyebabkan perkara itu dirujuk kepada Majlis Keselamatan dan menentukan semula kedudukan sekatan PBB.
Sekiran Eropah terus bertindak tidak wajar atau menghantar Iran kepada Majlis Keselamatan, kami akan menarik diri daripada NPT,” kata Menteri Luar Iran, Javad Zarif, menurut ulasan yang dibuat oleh IRNA dan agenso-agensi berita Iran yang lain.
Beliau juga berkata, Iran boleh mengambil langkah lain sebelum menarik diri daripada NPT, walaupun tidak menyatakannya secara khusus.
Perselisihan nuklear semakin meningkat antara Washington dan Tehran susulan kematian komander tentera Tehran.
Satu-satunya negara yang pernah mengisytiharkan penarikan diri dari NPT adalah Korea Utara, yang mengusir pemeriksaan nuklear dan senjata atom yang diuji secara terbuka.
India dan Pakistan yang bersenjata nuklear tidak pernah menandatangani perjanjian itu, termasuk juga Israel, yang tidak mengatakan sama ada ia mempunyai senjata nuklear tetapi ia secara mendakwa memilikinya.
Sejak sekian lama Barat mendakwa Iran membangunkan senjata nuklear walaupun dinafikannya.
Sebaliknya Tehran mendakwa matlamatnya utamanya mahu menjadi pakar dalam seluruh proses menjana elektrik.
“Walaupun melalui segala kesukaran daripada beberapa negara Eropah, pintu rundingan dengan mereka belum ditutup dan keputusannya berada di tangan mahkamah negara-negara ini,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi.
Beliau juga menegaskan Iran belum bersedia untuk berunding dalam keadaan yang dimahukan oleh Barat.
“Saya tidak fikir Iran bersedia untuk berunding di bawah keadaan yang mereka fikirkan,” ujarnya.
Sejak Washington menarik diri dari perjanjian itu, Trump memulakan dasar mengenakan”tekanan maksimum”, dengan mengatakan perjanjian yang lebih luas harus dirundingkan mengenai isu nuklear, program peluru berpandu Iran dan kegiatan Iran di Timur Tengah. – MalaysiaGazette