Home Politik Apakah Tok Pa dan Emi sudah disucikan? – Asyraf

Apakah Tok Pa dan Emi sudah disucikan? – Asyraf

Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Kenapa dakwa Ahmad Maslan dan Shahrir sejurus selepas kemenangan BN di PRK Kimanis?

Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, adakah ini pendakwaan terpilih era ‘Malaysia Baharu’ yang kononnya berteraskan ‘Rule of Law’.

“Bercakap pasal pendakwaan terpilih, apa cerita kes rasuah banglo dan terowong Lim Guan Eng ya?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini.

Soal Asyraf Wajdi lagi, kenapa hanya dua individu sahaja yang didakwa sedangkan ada 78 lagi individu dalam senarai penerima bantuan untuk PRU-13 daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak termasuk antara penerima terbesar Datuk Seri Mustapa Mohamed sebanyak RM35 juta dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Apakah YB Tok Pa dan YB Emi sudah di’suci’kan apabila mereka telah melompat ke parti Kerajaan PPBM?

“Mengapa tergesa-gesa untuk mendakwa dua tokoh ini, sedangkan dakwaan mereka menerima wang haram daripada Datuk Seri Najib yang kononnya bersumberkan perolehan 1MDB, perlu dibuktikan terlebih dahulu melalui kes pendakwaan Datuk Seri Najib mengenai 1MDB yang sedang berjalan?

“Secara mudahnya katakan saya terima sumbangan daripada Boss saya untuk anjurkan sesuatu program. Apakah saya perlu pastikan duit boss saya itu adalah bersumberkan hasil yang halal atau haram?”

Dalam kes dua tokoh ini, mahkamah belum pun isytihar sumber itu haram, tapi sebagai penerima pihak ketiga sudah secara tergesa-gesa didakwa. Apakah ini adil?” soalnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Maslan, Shahrir Samad mengaku tidak bersalah, mahu dibicarakan