Home Politik Mereka adalah kalangan ‘otak udang’ yang tidak faham Perlembagaan

Mereka adalah kalangan ‘otak udang’ yang tidak faham Perlembagaan

Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) tidak boleh menentukan turun atau naiknya Perdana Menteri sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, hanya ahli-ahli Parlimen sahaja dan perkenan pihak Istana boleh menentukan kedudukan Perdana Menteri.

“Mereka adalah kalangan ‘otak udang’ yang tak faham Perlembagaan!! Persatuan dan NGO tidak boleh tentukan seseorang perdana menteri itu naik atau turun!

“Yang hanya boleh tentukan kedudukan Perdana Menteri adalah seramai 222 ahli-ahli Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) !” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Otai Reformis semalam yang akan memberi tekanan kepada Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum atau pada Mei 2020.

Otai Reformis juga tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalanan sekiranya Dr Mahathir masih gagal menyerahkan kuasanya kepada Presiden PKR itu.

Dalam pada itu, Khairuddin juga membidas pendirian NGO itu kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan.

“Saya cabar semua para penyokong Anwar Ibrahim untuk bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir di sesi pembukaan persidangan Parlimen akan datang!

“Jangan cakap banyak! Sekiranya mereka mempunyai cukup sokongan selepas itu maklum pada YDPA untuk mendapatkan perkenan bagi penggantian Perdana Menteri baru!” katanya.

Menurutnya, tindakan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu bercanggah dengan hukum Islam.

“Tolonglah jangan lantik ‘kaki peliwat’ untuk menjawat jawatan tersebut kerana ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam!

“Anwar ibrahim sudah tidak relevan lagi! Dia sendiri pun sedar pengaruhnya di peringkat akar umbi sudah terhakis!!

“Golongan bangang ini sepatutnya duduk di rumah dan banyak istifar saja! Mereka sudah tidak relevan lagi!” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Otak udang bidas otak udang . Sama sama berotak udang . Sedap otak udang sekali sekala makan .

  2. Bulan Mei 2020 bulan mulia Ramadhan, bulan turunnya ayat2 suci Al Quran, kalau nak guling Atok buat la sebelum bulan Ramadhan ni, tak mau lah kecoh2 dibulan suci!

Comments are closed.