KUALA LUMPUR – Indeks rogol, liwat, semburit, dadah dan pengganas komunis adalah isu yang perlu diberi perhatian dan diperangi segara oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Indeks rogol liwat, semburit, dadah, pro komunis dan pengganas dalam kalangan pemimpin PH meningkat terr,” kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Demikian reaksi Annuar terhadap status ciapan pemimpin DAP, Nga Kor Ming dalam twitter rasminya semalam.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu telah berkongsi keputusan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) yang meningkat bagi tahun 2019.
Kor Ming menyifatkan ia sebagai pencapaian PH yang membanggakan semua dalam membawa Malaysia ke arah negara bebas rasuah.
Tetapi kata Annuar, tidak ada maknanya Kerajaan PH perlu berbangga dengan pencapaian indeks rasuah itu kerana ia sebenarnya sudah lama dilakar oleh Kerajaan BN pada tahun 1998 lagi.
“Under BN 1998 lagi dah capai tahap itu bro…nothing to shout about (tidak ada-apa perlu dilaungkan),” katanya. – MalaysiaGazette