Home Sukan Barcelona tersungkur di Valencia

Barcelona tersungkur di Valencia

rembatan kencang maxi Gomez menghadiahkan gol pertama kepada Valencia menentang Barcelona dalam aksi La Liga mal;am tadi.

MADRID – Pendahulu La Liga, Barcelona tewas 0-2 di tangan Valencia dalam aksi La Liga malam tadi.

Skuad bimbingan Quique Setien gagal mencipta peluang di hadapan gol menyaksikan kedua-dia pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Valencia berpeluang mendahului pada separuh masa pertama  apabila dihadiahkan sepakan penalti namun sepakan Maxi Gome ditepis penjaga gol.

Tuan rumah, Valencia membuka jaringan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang Maxi Gomez yang terkena badan Jordi Alba sebelum bola memasuki gol Barcelona.

Gomez muncul pemusnah Barcelona apabila menjaringkan gol keduapada minit ke-77.

Keputusan itu menyaksikan Valencia melonjak ke tangga kelima dalam carta La Liga dengan Barcelona masih kekal menerajui La Liga dengan 43 mata selepas 21 perlawanan.

Real Madrid menduduki kedua dengan 43 mata namun kurang satu perlawanan dengan Barcelona

berpeluang memintas musih tradisinya itu jika seri atau menang ke atas Valladolid pada pertemuan awal pagi esok. -MalaysiaGazette