MUMBAI – Warga Mesir yang dipercayai menjadi wanita paling berat di dunia meninggal hospital India hari ini untuk meneruskan rawatan susulan di Emiriah Arab Bersatu.
Eman Ahmed Abd El Aty yang mempunyai berat kira-kira 500 kilogram ketika tiba di Mumbai Februari lalu berjaya menurunkan berat sebanyak 323 kilogram sejak menjalani pembedahan.
Wanita itu kini mempunyai berat 176.6 kilogram akan menjalani satu tahun fisioterapi di Hospital VPS Burjeel di Abu Dhabi.
“Kami telah menguruskan pengusung hidraulik dari Itali untuk penerbangan Eman. Turut bersamanya ialah doktor, paramedik dan jururawat,” kata Sanet Meyer, Pengarah di Hospital VPS Burjeel.
Eman diberi diet cecair di India untuk mengurangkan berat badannya sebelum dia boleh menjalani pembedahan bariatik.
Beliau yang tidak pernah keluar rumah di Alexandria untuk dua dekat, tiba di India dengan menaiki pesawat Airbus yang telah diubahsuai pada Februari lalu.
Keluarganya memberitahu doktor bahawa Eman disahkan menghidap untut semasa kanak-kanan menyebabkan anggota badan dan bahagian-bahagian badan yang lain membengkak.
Keadaan itu menyebabkan Eman tidak boleh bergerak.
Eman juga mengalami strok dan menghadapi siri penyakit serius yang lain kerana berat badannya termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kurang tidur.
Dia juga tidak dapat bercakap dengan betul. – MalaysiaGazette