MACHANG – Dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 40 tahun, maut dalam satu pergaduhan di Batu 31, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di hadapan sebuah stesen minyak di sini, tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan Wan Khairuddin Wan Idris berkata pergaduhan itu membabitkan dua kumpulan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu.
“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut melibatkan perselisihan faham antara kedua-dua kumpulan terbabit.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
— BERNAMA