KUALA LUMPU R- Malaysia menduduki tangga ke-18 terbaik dunia dari segi kesiagaan menghadapi penularan penyakit berjangkit meninggalkan jirannya yang lebih maju yang berada di tangga ke 24 berbanding 195 negara.
Thailand menduduki tangga keenam yang menjadikannya satu-satunya negara bukan berpendapatan tinggi yang mampu berada di kumpulan teratas.
Dua lagi negara Asia iaitu Korea Selatan berada di tangga kesembilan manakala Indonesia di tangga ke-30
Ini adalah berdasarkan Indeks Keselamatan Kesihatan Global.
Hasil kajian tersebut juga mendapati tiada negara yang betul-betul bersedia menghadapi penularan wabak.
Hanya 13 negara sahaja yang menduduki kategori “hampir bersedia sepenuhnya” termasuk Thailand dan Korea Selatan.
Kajian yang memberi fokus kepada enam kategori iaitu pencegahan; pengesanan; maklum balas; sistem kesihatan; komitmen untuk menambah baik; dan kecenderungan untuk mendapat ancaman biologi itu menilai negara-negara terlibat dari sudut persediaan dan kesiagaan masing-masing menerusi 140 soalan berkaitan.
Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dunia diikuti Britain dan Belanda.-MalaysiaGazette