MELBOURNE – Jaguh tenis terkemuka dunia, Roger Federer berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia.
Dalam aksi suku akhir di gelanggang Melbourne Park hari ini, faktor usia tidak menghalang pemain itu untuk menundukkan lawannya dari Amerika Syarikat, Tennys Sandgren 6-3 2-6 2-6 7-6 (10-8) 6-3.
Beliau mengambil masa tiga jam 28 minit untuk menewaskan lawan yang menduduki rangking ke-100 dunia.
Sandgren juga merupakan satu-satunya pemain rangking rendah yang pertama kali dilihat berpotensi mara ke separuh akhir kejohanan dengan memberi tentangan sengit.
Namun Federer yang menduduki rangking ketiga dunia berjaya menempah tiket ke separuh akhir.
Juara 20 kali Grand Slam itu mulanya menghadapi masalah sakit lutut dan terpaksa menerima rawatan di atas gelanggang ketika berentap di set ketiga.
Pada pentas separuh akhir, Roger Federer akan berdepan juara bertahan musim lalu, Novak Djokovic yang bersedia memberi tentangan sengit kepada Federer.
Djokovic pada suku akhir hari ini menundukkan lawannya dari Kanada Milos Raonic.-MalaysiaGazette