Home Dunia Hong Kong sekat warga China

Hong Kong sekat warga China

Carrie Lam. foto Agensi

HONG KONG – Hong Kong mengenakan sekatan perjalanan rentas sempadan antara bandar raya itu dan China berikutan penularan wabak koronavirus yang masih meluas.

Lebih daripada 100 orang telah meninggal dunia di China dan lebih 4,500 orang disahkan terkena jangkitan.

Kereta api dan feri berkelajuan tinggi yang melintasi sempadan akan digantung dari hari Khamis, kata Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Penerbangan ke China juga telah digantung.

Malah rakyat China tidak boleh lagi mendapat permit untuk ke Hong Kong.

Pengumuman itu dibuat selepas kesatuan pekerja hospital mengancam untuk melakukan protes kecuali permintaan mereka tidak dipenuhi kerajaan termasuk mengetatkan sempadan.

“Aliran manusia antara dua tempat perlu dikurangkan secara drastik bagi menangani wabak,” kata Lam.

Virus itu telah merebak merentasi China dan sekurang-kurangnya di 16 buah negara.

Semalam, Jerman dan Jepun mengesahkan ada kes membabitkan individu yang tidak mengembara ke China tetapi dijangkiti virus berkenaan daripada pembawa.

Sebelum ini, kes seumpama itu hanya berlaku di Vietnam – sempadan dengan China apabila seorang mangsa dijangkiti daripada bapanya yang baru balik dari Wuhan yang menjadi lokasi penyebaran wabak itu.

Beberapa kerajaan asing juga telah merancang untuk membawa rakyat mereka keluar dari Wuhan. – MalaysiaGazette