Home Nasional Melancong ke masjid kena ikut keadaan, jangan dedah rakyat sendiri – Shahir

Melancong ke masjid kena ikut keadaan, jangan dedah rakyat sendiri – Shahir

Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyelar tindakan seorang Menteri yang menghentam rakyat kerana tidak membenarkan pelancong yang sebahagian besar dari China memasuki masjid

“Adakah Menteri tersebut sedar tentang risiko dan bahaya penularan wabak tersebut kepada rakyat negara sendiri yang mahu menunaikan ibadat di masjid,” soal Ketua DPIM, Shahir Adnan.

Menurut beliau, Menteri berkenaan harus sedar bahawa fungsi utama masjid adalah sebagai tempat beribadat, bukannya
destinasi pelancongan.

Tegasnya, memang benar masjid boleh dijadikan salah satu destinasi pelancongan Malaysia dan juga dakwah untuk menunjukkan keagungan agama Islam tetapi destinasi pelancongan ke masjid haruslah mengikut keadaan.

Keadaan hari ini berisiko dan mendedahkan rakyat kepada wabak koronavirus.

Dalam pada itu, DPIM sekali lagi menggesa kerajaan supaya menyekat semua pelancong dari China dan bukan hanya memilih satu atau dua wilayah tertentu kerana wabak koronavirus ini telah merebak dengan cepat ke wilayah-wilayah lain di China.

Dakwa Shahir, kerajaan dilihat mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga mempertaruhkan nyawa rakyat negara sendiri.

“Jika dibandingkan dengan negara lain contohnya, pihak berkuasa di Hong Kong, yang bersempadan dengan tanah besar China, telah menetapkan larangan perjalanan, memberitahu penduduk Hubei dan mereka yang telah melawat wilayah itu dalam 14 hari lalu bahawa mereka tidak boleh masuk ke Hong Kong.

“Semua kemudahan”awam, kebudayaan dan rekreasi ditutup “sehingga notis selanjutnya” dalam usaha untuk mengawal penyebaran koronavirus. Semalam, pihak berkuasa Hong Kong mengumumkan bahawa ia menutup semua sempadannya dengan tanah besar China,” tambahnya.

Sedangkan, ujarnya, senario di Malaysia berbeza apabila rakyat dihentam kerana tidak membenarkan pelancong yang sebahagian besarnya dari China untuk memasuki masjid sebagai destinasi pelancongan. – MalaysiaGazette

Tutup masjid kepada pelancong: Ini tak bagus, salah sama sekali, kata menteri

1 Komen

  1. Sejak bila pula masjid jadi tempat pelancungan?

    Wanita2 kafir yang masuk masjid mungkin dalam keadaan hadas datang haid, mungkin kencing berak tak basuh sempurna?

    Tak usahlah bagi masuk, tengok dari pintu pagar saja sudah!!!

    Lebih elok diluar pagar bagi buku2 berkenaan Islam. Di Eropah orang puteh ramai masuk Islam melalu pembacaan buku2 berkenaan Islam!

Comments are closed.