Home Ekonomi Kilang pengeluaran Toyota di China ditutup

Kilang pengeluaran Toyota di China ditutup

Gambar hiasan

BEIJING – Kilang pengeluaran Toyota Motor Corp di China akan ditutup sehingga 9 Februari, kata pembuat kereta Jepun itu.

Penutupan itu susulan penyebaran koronavirus yang menyaksikan jumlah kematian yang mendadak.

Toyota, yang mengendalikan kilang-kilang di utara Tianjin dan wilayah selatan Guangdong, berkata, penutupan selepas cuti Tahun Baru China juga disebabkan penutupan operasi pengangkutan di beberapa kawasan.

Langkah itu dibuat selepas menilai situasi bekalannya. – MalaysiaGazette