SHANGHAI – – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memaklumkan jumlah kematian yang disahkan akibat koronavirus di negara ini telah meningkat sebanyak 38 kepada 170 pada lewat hari Rabu.
Bilangan pesakit yang dijangkiti pula meningkat lebih daripada 1,700 orang.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, terdapat 7,711 kes yang disahkan pada lewat hari Rabu, dengan tambahan 12,167 kes yang disyaki. – MalaysiaGazette