WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi pertama tahun ini.
Pengerusinya, Jerome Powell berkata, pertumbuhan ekonomi yang sederhana dan pasaran pekerjaan yang ‘kukuh’ tidak memberi perubahan dalam kos pinjaman.
“Kami percaya pendirian dasar monetari semasa adalah sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang kembali kepada objektif 2%,” kata Powell pada sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan sebulat suara Bank Pusat itu untuk mengekalkan kadar pinjaman semalaman dalam lingkungan antara 1.50% dan 1.75%. – MalaysiaGazette